Pengikut

LIKE LIKE LIKE

Halaman

Rabu

Beautiful life

Pada suatu hari di
sekolah, seorang murid
bertanya pada gurunya.
Ketika itu guru tersebut
sedang mengajar mengenai
kasih sayang.
PELAJAR;"cikgu,macam
mana kita nak pilih
seseorang yang terbaik
sebagai orang yang paling
kita sayang? macam mana
juga kasih sayang itu
nak berkekalan?

CIKGU;"ok kamu ikut
apa yang saya suruh.
Kamu pergi ke padang,
kamu berjalan di atas
rumput sambil
memandang rumput
di depan kamu.Pilih yang
PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lg
walau sekali.Dah petik
rumput yang PALING
cantik,bawa ke kelas"

Apabila pelajar tersebut
pulang ke kelas, tiada
sehelai rumput pun
ditangannya.Cikgu
bertanya,kenapa tiada
rumput yang dipilih?

PELAJAR;"tadi masa
saya berjalan,saya
carilah rumput yang
paling cantik.Memang ada
banyak yang cantik tp
cikgu kata petik yang
paling cantik,maka
saya pun terus berjalan
ke depan sambil
mencari yang paling
cantik tanpa menoleh ke
belakang lagi.Tp sampai
di penghujung
padang,saya tak jumpa
pun yg paling cantik.
Mungkin ada diantara
yang dibelakang saya tadi
rumput yang paling cantik
tapi dah cikgu cakap tak
boleh menoleh ke
belakang semula,jadi
tiadalah rumput yang saya
boleh petik,"
CIKGU;"ya itulah
jawapannya.Maknanya
apabila kita telah
berjumpa dengan seseorang
yang kita sayang,
janganlah kita mencari
lagi yang lebih baik dari
itu.Kita patut hargai
orang yang berada
didepan kita sebaik2nya.
Jangan kita  menoleh ke
belakang lagi kerana yang
berlaku tetap dah
berlaku.Semoga yang
berlalu tidak berulang
lagi.Dan ingatlah orang
yang paling kita sayang
itulah yang paling cantik
dan paling baik.
Walau pun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan
baik seperti rumput
tadi......